Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Kes ISA bukti mahkamah berani Tahniah

Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
Prof Dr Shamsul Adabi Mamat.
Prof Dr Shamsul Adabi Mamat.
SHAH ALAM – Tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh menang kes jika berlaku kesilapan dalam penangkapan mereka, demikian kata Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat.

Katanya, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi RM4 juta kepada lima bekas tahanan ISA kerana membuat penahanan secara tidak sah menunjukkan kerajaan akur dan bertanggungjawab.

Menurutnya, keputusan itu menunjukkan bidang perundangan dan kehakiman berbeza dan tidak dipengaruhi mana-mana eksekutif.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, keputusan mahkamah tersebut adalah adil.
Katanya, mahkamah yang bebas daripada sebarang pengaruh, membuat keputusan tepat.

“Penahanan lima individu itu tidak sah jika bertentangan dengan prinsip undang-undang dan tiada bukti kukuh.

“Ini menunjukkan mahkamah dengan berani menegakkan keadilan terhadap mereka yang melanggar undang-undang di negara kita,” katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata, kerajaan boleh merayu ke mahkamah lebih tinggi dan kemungkinan keputusannya akan berbeza.

ReadFull Article ..

Sabtu, 21 Desember 2013

Dua Calon PMR Ditahan Kes Bunuh Pekerja Kilang Kayu


KUALA TERENGGANU – Polis yakin dapat menyelesaikan kes bunuh melibatkan seorang pekerja kilang kayu di Marang Selasa lepas apabila menahan lapan lelaki bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kesemua suspek berusia 15 hingga 21 tahun itu ditahan di sekitar Marang pada malam kejadian.

Beliau berkata polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu daripada seorang remaja berusia 15 tahun yang ditahan itu.

“Dengan tertangkapnya kesemua suspek dan penemuan senjata ini, kami percaya kes itu dapat diselesaikan tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, polis juga membenarkan dua pelajar tingkatan tiga yang turut ditahan itu menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.

Dalam kejadian 8.30 malam Selasa lepas, seorang lelaki berusia 20 tahun mati ditikam dalam pergaduhan di Kampung Bukit Parit Marang, dipercayai berpunca daripada masalah berebut teman wanita.

Manoharan berkata polis juga telah mengenal pasti wanita berkenaan dan akan memanggil wanita itu bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, Manoharan berkata polis menemui beberapa petunjuk positif dalam kes pembunuhan pemilik kedai perabot di Kampung Padang Nenas di sini Sabtu lepas.

“Berdasarkan tikaman di badan mangsa, kami yakin kes itu bukan berunsur samun semata-mata,” katanya sambil memberitahu bahawa gerakan memburu suspek giat dijalankan.

Sabtu lepas, seorang pemilik kedai perabot rakyat Pakistan ditemui mati dengan 17 tikaman di bahagian depan dan belakang badan, leher, kepala dan tangan selain terdapat 14 kesan kecederaan disebabkan senjata tajam. – BERNAMA
ReadFull Article ..