Tampilkan postingan dengan label atas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label atas. Tampilkan semua postingan
Rabu, 12 Februari 2014
Atas perkiraan apa Abu Bakar jadi Pengerusi BSN
Harakahdaily
| Salmiyah Harun, | 19 Nov 2013 |
Mahfuz di dalam sidang medianya hari ini tidak berpuas hati dengan jawapan daripada Shahidan yang hanya memaklumkan penamatan Abu Bakar kerana kesalahan di bawah peraturan 49.
Peraturan 49 menyebut seorang pegawai JPA boleh ditamatkan atas kepentingan awam.
"Bila dicaj bawah peraturan 49 ianya adalah satu kesalahan yang sangat besar," kata Mahfuz.
Atas sebab itulah, Mahfuz mempersoalkan atas alasan apa kerajaan pula melantik Abu Bakar sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN).
"Bagaimana kita bagi tanggungjawab kepada beliau untuk menjadi Pengerusi BSN yang juga milik awam. Yang ini Shahidan tidak jawab.
"Kalau beliau dikenakan tindakan atas kepentingan awam, dia tidak layak jadi pengerusi BSN. Atas perkiraan apa Abu Bakar jadi Pengerusi BSN?" bidas Mahfuz.
Abu Bakar yang berkhidmat selama 35 tahun menerima surat penamatan khidmatnya daripada JPA yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai 2012.
Beliau dikatakan dilantik sebagai Pengerusi BSN pada awal tahun ini.
Senin, 30 Desember 2013
Saman NFC Ke Atas Mohd Rafizi Diteruskan

KUALA LUMPUR – Saman yang dibuat oleh Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) ke atas Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli akan diteruskan.
Firma Guaman Shafee & Co dalam satu kenyataan media memberitahu, penarikan balik saman ke atas Mohd. Rafizi hari ini cuma melibatkan sama RM100 juta oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
“Anak guam kami, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mencapai persetujuan bersama dengan Rafizi Mohd. Rafizi Ramli pada 11 November 2013 untuk menarik balik saman masing-masing.
“Sehubungan itu saman ke atas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin turut ditarik balik. Bagaimanapun semua saman dan tuntutan lain oleh NFC ke atas Rafizi diteruskan,” kata kenyataan itu hari ini.
Firma Guaman Shafee & Co turut menegaskan Shahrizat masih boleh melaksanakan haknya untuk meneruskan prosiding (saman) jika persetujuan bersama tersebut memberi kesan yang buruk kepada beliau.
SiakapKeli.com hari ini melaporkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menganggap tindakan Shahrizat menarik balik saman fitnah terhadap Zuraida dan Mohd. Rafizi satu kemenangan kepada parti itu.
Malah, Naib Ketuanya, Azmizam Zaman Huri mendakwa, perkembangan terbaharu itu merupakan satu amaran kepada mana-mana individu yang mengamalkan rasuah di negara ini supaya tidak mudah menyaman mana-mana pihak yang berani membongkar kegiatan buruk mereka.
Langganan:
Postingan (Atom)