Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Februari 2014

Atas perkiraan apa Abu Bakar jadi Pengerusi BSN

Harakahdaily  

Salmiyah Harun, 19 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim enggan menjawab persoalan berhubung penamatan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz di dalam sidang medianya hari ini tidak berpuas hati dengan jawapan daripada Shahidan yang hanya memaklumkan penamatan Abu Bakar kerana kesalahan di bawah peraturan 49.

Peraturan 49 menyebut seorang pegawai JPA boleh ditamatkan atas kepentingan awam.

Jelas Mahfuz, Abu Bakar berada pada jurus dua iaitu kedudukan paling tinggi dan bakal dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara.

"Bila dicaj bawah peraturan 49 ianya adalah satu kesalahan yang sangat besar," kata Mahfuz.

Atas sebab itulah, Mahfuz mempersoalkan atas alasan apa kerajaan pula melantik Abu Bakar sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Bagaimana kita bagi tanggungjawab kepada beliau untuk menjadi Pengerusi BSN yang juga milik awam. Yang ini Shahidan tidak jawab.

"Kalau beliau dikenakan tindakan atas kepentingan awam, dia tidak layak jadi pengerusi BSN. Atas perkiraan apa Abu Bakar jadi Pengerusi BSN?" bidas Mahfuz.

Abu Bakar yang berkhidmat selama 35 tahun  menerima surat penamatan khidmatnya daripada JPA yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai 2012.

Beliau dikatakan dilantik sebagai Pengerusi BSN pada awal tahun ini.
ReadFull Article ..

Rabu, 01 Januari 2014

Siti Nurhaliza Melly Goeslaw Dan Faizal Tahir Jadi Guru Pengajar AF 2013


Kuala Lumpur – Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia, AF 2013 (#AF2013) bakal membawa masuk tiga orang penghibur popular yang cukup disegani iaitu Dato’ Siti Nurhaliza (#SitiNurhaliza), Melly Goeslaw (#MellyGoeslow) dan Faizal Tahir (#FaizalTahir) untuk menerajui barisan tenaga pengajar sebagai Inspirer (#Inspirer).

Kehadiran ketiga-tiga ikon yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan ini bukan sahaja untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah untuk memberi inspirasi kepada bintang-bintang AF dalam mempersiapkan mereka sebagai bintang masa depan.

Cukup sinonim dengan pembabitan beliau dalam keluarga AF untuk musim-musim sudah, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi (#CikguShafi) turut dibawa masuk menyertai barisan tenaga pengajar untuk menggalas tanggungjawab sebagai Guru Vokal untuk AF 2013.

Di samping itu, AF 2013 juga menyaksikan tiga orang tenaga pengajar baru yang dibawa masuk ke dalam keluarga AF untuk sama-sama menjayakan musim terbaru ini. Dua orang pereka tari yang cukup berpengalaman dalam bidang tarian iaitu Alam Wakaka (#AlamWakaka) dan Suhaili (#Suhaili) telah dilantik sebagai Koreografer. Manakala pelakon popular tanahair iaitu Fizz Fairuz (#FizzFairuz) pula akan menyertai AF 2013 sebagai Guru Seni Persembahan.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, berdasarkan pengalaman luas pihak Astro menerbitkan program-program berkonsepkan realiti sebegini terutamanya AF, tidak dapat disangkal lagi bahawa soal pemilihan barisan tenaga pengajar ialah satu proses penting yang tidak boleh dipandang remeh kerana impaknya yang mendalam.

“Mereka umpama nadi dan tulang belakang utama yang bertanggungjawab untuk mendidik serta memberi khidmat bimbingan dan tunjuk ajar kepada para pelajar supaya mereka benar-benar bersedia untuk menjadi pelapis hiburan tanah air sekaligus memberikan saingan kepada penghibur sedia ada.

“Pada musim ini, AF 2013 amat berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar yang pernah mewarnai Akademi Fantasia di samping wajah-wajah baru yang akan berganding tenaga dalam memberikan impak yang paling maksima buat para pelajar untuk musim ini.

“Melihat kepada pengalaman dan pencapaian dalam bidang masing-masing, kami percaya ilmu tersebut dapat memberi manfaat dan dikongsi bersama bukan sahaja bersama para pelajar tetapi juga penonton-penonton di rumah. Persetujuan dan komitmen mereka untuk terlibat dengan keluarga AF 2013 amat dihargai dan saya pasti musim ini akan lebih meriah dengan kehadiran mereka,” ujar Khairul ringkas.

Selain Konsert Prelude AF (#KonsertPreludeAF), Diari AF (#DiariAF) dan Konsert Mingguan AF (#KonsertAF), tiga buah rangkaian program baru turut diperkenalkan bagi menghiasi sepanjang musim AF 2013 kelak iaitu Galaxy AF, AF Buzz (#AFBuzz) dan TGIAF – Terus Gempak….Inilah AF 2013 (#TGIAF).

Rangkaian program-program AF 2013 akan mula bersiaran melalui program Galaxy AF yang akan ke udara selama empat episod bermula 2 hingga 5 September 2013 jam 9.00 malam. Pada masa yang sama, AF 2013 juga turut melancarkan perkhidmatan interaktif yang mana aplikasi ini boleh dimuat turun melalui akaun Apps Store dan Play Store.
Ini diikuti dengan tayangan Konsert Prelude Top 24 pada 6 September 2013 dan Konsert Prelude Top 12 pada 7 September 2013 jam 9.00 malam yang turut bersiaran secara langsung di portal rasmi AF 2013 iaitu www.af.com.my dan www.youtube.com/astrogempak

Program AF Buzz pula boleh ditonton pada setiap hari Isnin bermula 9 September 2013 jam 9.00 malam. Dalam program ini, tiga orang panel akan membincangkan secara lebih terperinci tentang AF 2013 yang turut mengabungkan kesemua pandangan dan cerita di sebalik cerita tentang para peserta. Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan apa yang terjadi di belakang tabir sewaktu konsert mingguan.

Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di Akademi pula dapat dilihat melalui liputan harian Diari AF pada setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 9.00 malam bermula pada 10 September 2013. Sedikit berbeza dengan format musim-musim sudah, pengisian Diari AF musim ini adalah lebih fokus dan terperinci iaitu Diari AF (Pemberian Tugas) pada setiap hari Selasa, Diari AF (Cabaran) pada setiap hari Rabu dan Diari AF (Ikon) pada setiap hari Khamis.

Manakala pada setiap hari Jumaat pula para penonton boleh menyaksikan program TGIAF (Terus Gempak….Inilah AF 2013) yang akan bersiaran bermula 13 September 2013 jam 9.00 malam. TGIAF ialah sebuah program pra konsert yang akan mengetengahkan apa yang dijangka oleh barisan panel dan penonton terhadap kesemua peserta.
Konsert AF pula akan bersiaran langsung pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 14 September 2013.

AF 2013 juga masih lagi mengekalkan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI yang mana pelajar dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.

Istimewa lagi, buat pertama kali dalam sejarah penerbitan AF, para peminat kini boleh berinteraksi secara online menerusi perkhidmatan twitter, instagram dan facebook bersama bintang-bintang AF 2013.

Informasi terkini seperti informasi lengkap AF 2013, berita-berita terkini, diari dan aktiviti pelajar, video eksklusif serta rangkaian muat turun menarik boleh didapati melalui laman web rasmi.

Maklumat tentang acara jelajah seperti AF Busking dan AF Jukebox juga boleh didapati di sana. Selain itu, Astro juga turut menawarkan pelbagai perkhidmatan-perkhidmatan interaktif sepanjang musim ini. Untuk keterangan lanjut, layari laman web rasmi www.af.com.my – Murai.com.my
ReadFull Article ..

Air Asia Dakwa Sudah Tiga Pramugarinya Diserang Dicabul Di LCCT Apa Dah Jadi

KUALA LUMPUR – Tiga pramugari diserang, dua daripada mereka dicabul di tempat letak kereta Terminal Tambang Murah (LCCT) baru-baru ini, mendorong AirAsia untuk segera merayu kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) supaya menaik taraf keselamatan dan pencahayaan di kawasan letak kenderaan.
Insiden terbaru berlaku pada pukul 5.30 pagi, pada Khamis di mana seorang lelaki datang dan memeluk seorang pramugari yang baru masuk ke keretanya untuk pulang ke rumah, kata Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia Berhad Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra pada Jumaat.
Lelaki itu menolaknya masuk ke dalam kereta dan dia turut memasuki kereta tersebut. Dia melarikan diri selepas pramugari mula menjerit dan membunyikan hon. Dia kemudian membuat laporan polis, katanya.
“Kami mahu lampu yang cukup, pagar di sekeliling tempat letak kereta, kawalan keselamatan 24 jam dan liputan kamera litar tertutup penuh di semua tempat letak kereta di tempat letak kereta A ke D. Kami mahu ciri keselamatan ditingkatkan di kawasan itu,” katanya.
Beliau berkata MAHB terpaksa mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan dan kawalan kakitangan serta orang ramai di tempat letak kereta terbuka LCCT berikutan tiga kejadian pramugari diserang berlaku dalam tempoh tiga bulan yang lalu.
Beliau berkata AirAsia telah menggesa pihak-pihak berkaitan untuk meningkatkan keselamatan di kawasan itu tiga tahun yang lalu tetapi hanya sedikit yang dilakukan.
“Sekarang tiga pramugari udara kami telah diserang. Sesuatu perlu dilakukan,” katanya pada sidang akhbar di sini. - The Star
ReadFull Article ..

Kamis, 19 Desember 2013

GAMBAR Pemilihan PALING KETAT Untuk Jadi Pramugari Pramugara China Airlines!

GAMBAR: Pemilihan PALING KETAT Untuk Jadi Pramugari/Pramugara China Airlines!


PENGAMBILAN baru jawatan anak kapal untuk syarikat penerbangan China Airlines memang sangat-sangat dinantikan anak-anak muda di negara itu.
Terbaru, 4,000 pemohon telah memohon untuk menyertai syarikat penerbangan berkenaan walaupun baru dua minggu ia diiklankan sedangkan hanya 100 anak kapal yang diperlukan.
Ini menyebabkan proses temuduga/saringan yang KETAT telah diadakan oleh syarikat penerbangan itu bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dipilih ke jawatan tersebut.
Dari segi akademik, hanya yang mempunyai ijazah saja layak memohon, apa yang berlaku, bukan saja pemegang ijazah pertama saja yang berbuat demikian, malah terdapat peningkatan sebanyak lapan peratus pemohon yang mempunyai ijazah Sarjana dan ke atas.
Jom kita tengok proses saringan/temuduga yang dibuat, sampai ke peringkat bau ketiak pun diambil kira!
Malah calon-calon juga perlu menanggalkan pakaian mereka dan hanya mengenakan pakaian dalam untuk memastikan tubuh mereka sihat, cantik dan sesuai untuk diambil bekerja, wahhh….
60466_gallery
60476_gallery
60477_gallery
20121231.150815_15
20121231.150815_14
20121231.154321_12
20121231.150649_5
20121231.150815_17
20121231.150733_10
20121231.150733_9
U48P5029T2D447008F26DT20120308201326

800x600_1318595850_A380_CSN_Event_HG_5
ReadFull Article ..