Senin, 10 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Aeril Enggan Komen Isu Dipanggil JAIS

Aeril Enggan Komen Isu Dipanggil JAIS


Sebelum ini, SiakapKeli ada berkongsikan cerita pasangan pelakon muda, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang dipanggil oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung kontroversi pernikahan mereka.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Aeril menerusi akhbar Sinar Harian berkata, “kalau boleh saya tidak mahu komen mengenai isu ini (dipanggil JAIS). Apatah lagi ia melibatkan badan agama dan difahamkan kes dalam siasatan. Jadi, saya tak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara ini, bimbang nanti disalah erti dan saya balik yang akan dipersalahkan”.

Aeril juga berharap isunya ini akan reda dalam masa yang singkat dan tidak lagi diperkatakan oleh masyarakat.

Sementara itu, Aeril juga berkongsi gambar terbarunya bersama anaknya, Ahmad Fakharuddin Attar di laman Twitter khas buat tatapan peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini.


Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar