Kamis, 19 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Belum Bertemu Jodoh Kerana Kuat Bekerja

Belum Bertemu Jodoh Kerana Kuat Bekerja


Walaupun usianya kini sudah menginjak ke angka 40 tahun, namun penyanyi Syafinaz Selamat menyifatkan kesibukan kerjanya sebagai faktor utama dirinya masih solo.

Selain bergelar penggiat seni, Syafinaz juga mempunyai pekerjaan tetap yang lain iaitu pensyarah di sebuah universiti awam di Selangor.

Malah, dia juga mengakui seorang yang terlalu kuat bekerja atau ‘workaholics’.

Sementara itu, Syafinaz bakal mengeluarkan album terbaru setelah lebih 11 tahun tidak muncul dengan produk terbaru.

“Proses 11 tahun yang diambil bukan jangka masa yang singkat dan album terakhir saya adalah pada tahun 2002. Enam buah lagu sudah siap dan sedang melalui proses ‘mixing’. Mereka meminta saya menambah sebuah lagi lagu untuk memuatkan dalam album tersebut.

“Sudah terlalu lama saya melalui proses menyiapkan album ini dan saya pun dah penat untuk menjelaskan album saya ini. Saya berharap agar impian untuk mengeluarkan album pada tahun hadapan akan tercapai,” katanya yang dipetik melalui portal Gua.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar