Rabu, 26 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » Fungsi Guna Dakwat Kekal PRU 13 Pilihanraya Umum 2013

Fungsi Guna Dakwat Kekal PRU 13 Pilihanraya Umum 2013


Fungsi dan guna dakwat kekal dalam PRU 13 pilihanraya umum tahun 2013. Kegunaan utama adalah untuk mengelakkan sebarang penipuan pada piliharaya umum akan datang. Ini termasuklah cubaan untuk mengundi dua kali dan sebagainya. Setiap pengundi akan dicalit dengan dakwat kekal dihujung jari dan membuktikan bahawa pengundi telah mengundi sekali dan tidak boleh mengundi lagi. Justeru, ini dapat memastikan perjalanan pilihanraya yang telus dan bersih. Selain itu, kesan warna dakwat ini juga tidak boleh hilang dalam tempoh 7 hari.

dakwat-kekal-SPR

Fakta Dakwat Kekal PRU 13
  • Dakwat dengan kandungan nitrat perak, akan kekal pada jari pengundi selama kira-kira lima hingga tujuh hari.
  • Kira-kira 10,000 botol akan digunakan untuk pengundi awal dan baki 220,000 lagi akan digunakan pada hari mengundi.
  • Dakwat kekal tidak boleh dihilangkan dengan mudah.
  • Mereka yang menggunakan cecair menghilangkan penggilap kuku (nail remover) akan mendapati ia tidak mempunyai kesan kerana dakwat direka untuk menahan daripada sebarang pewarna tiruan atau bahan kimia.
  • Detergen terkuat juga tidak akan dapat untuk menghilangkan dakwat
Fakta Kesihatan Tidak Memudaratkan
Dakwat ini tidak akan mempunyai apa-apa reaksi alahan pada kulit pengundi, dan telah disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia. SUMBER


Tidak ada komentar:

Posting Komentar