Rabu, 01 Januari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » 1 Maut 7 Hilang Bot Karam Dipukul Ombak

1 Maut 7 Hilang Bot Karam Dipukul Ombak

Sedili

JOHOR BAHRU – Seorang maut, manakala tujuh lagi hilang selepas bot yang membawa 35 orang untuk menyusup keluar daripada negara ini, karam dipukul ombak, dalam kejadian di perairan Tanjung Sedili, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, seramai 28 penumpang bot itu terpaksa berpaut pada bot kayu berkenaan selama 12 jam sebelum diselamatkan oleh sebuah kapal tangki, MT Octaden yang melalui perairan berkenaan kira-kira jam 3 petang.
Bagaimanapun, seorang daripada mangsa yang diselamatkan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Jeti Tanjung Sedili.
Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mustapa Kamal Abas, berkata pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Tanjung Sedili berjaya membawa semua mangsa yang terselamat itu dari kapal tangki berkenaan kira-kira jam 9 malam tadi. - BH Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar