Rabu, 01 Januari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » Mayat pengganas belum dapat dikeluarkan

Mayat pengganas belum dapat dikeluarkan

Lebih waspada

Lahad Datu: Mayat sebahagian daripada 33 pengganas Sulu yang ditembak Khamis lalu masih belum dapat dibawa keluar pasukan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terletak berhampiran kawasan persembunyian pengganas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, sebahagian mayat terbabit sudah dibawa keluar manakala sebahagian lagi masih di kawasan pertempuran.

Katanya, kejadian tembakan membabitkan anggota unit sama ketika mengeluarkan sembilan mayat pengganas, Rabu lalu, menyebabkan pasukan keselamatan mengambil langkah lebih berhati-hati demi keselamatan anggota bertugas.
Menurutnya, peranan pasukan unit forensik penting untuk mengenal pasti identiti mayat dan proses bedah siasat.

“Berikutan keadaan di lokasi sebahagian mayat pengganas ini agak bahaya, kita belum dapat membenarkan pasukan forensik mendekatinya. Jika keadaan selamat, baru mereka dibenarkan menjalankan tugas,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar