Sabtu, 21 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Video Helah Guna Ferrari Pikat Wanita

Video Helah Guna Ferrari Pikat Wanita


Seperti yang kita tahu, pada zaman serba moden dan canggih ini, wang berjuta, memiliki kereta mewah serta rumah tersergam indah dan besar menjadi idaman setiap manusia di muka bumi ini.

Boleh dikatakan intipati digunakan sekumpulan empat sekawan di Amerika, yang cuba menggenakan wanita dengan hanya menggunakan helah sebuah kereta mewah Ferrari.

Pastinya memiliki kereta jenama itu menjadi pilihan semua orang sekiranya mereka mempunyai wang berjuta dalam akaun bank, tapi kalau sesiapa yang tak mampu, setakat mampu melihat dari jauh pun dah cukup.
Malah, kalau dapat duduk ‘free-free’ pun dah rasa bersyukur kan.

Menerusi video ini dapat dilihat beberapa wanita sudah masuk perangkap malah ada yang sanggup meninggalkan rakanya begitu sahaja apabila sudah kelabu mata dengan Ferrari di depan mata.

Malah yang lebih mengharukan ada yang sanggup menghiraukan teman lelakinya apabila diumpan dengan kereta tersebut.

Wah, hebat sungguh penangan Ferrari ya!

Tetapi pada penhujung video ini anda boleh melihat reaksi gadis-gadis yang telah ditipu hidup-hidup oleh mereka.

Ada yang benggang, ada yang seakan tak percaya dah tertipu.
Hai, macam-macam hal.

Rata-rata komen yang ditinggalkan pengunjung di laman Youtube video itu, menyatakan wanita-wanita tersebut sebagai materialistik dan pisau cukur.

Namun, ‘bear in mind’, tak semua wanita di luar sana seperti mana yang digambarkan menerusi video yang dipaparkan ini ya.

Apa-apa pun jom layan video ini dulu bagi menghilangkan sindrom Monday Blues yang mungkin dialami anda pada ketika dan saat ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar