Senin, 23 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » Huawei Dapat Anugerah Daripada MDeC

Huawei Dapat Anugerah Daripada MDeC


KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC)  memberikan anugerah “Pembangunan Bakat dan Industri ICT di Malaysia” kepada Huawei Technologies (M) Sdn Bhd, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di atas sumbangannya kepada industri ICT tempatan membabitkan usaha memupuk bakat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MDeC Datuk Badlisham Ghazali berkata Huawei, sebagai salah satu rakan kongsi contoh MDeC, juga komited untuk terus melengkapkan golongan profesional, kakitangan akademik dan pelajar Malaysia dengan kemahiran ICT berkaitan dan kepakaran.

“Kami mengalu-alukan pembangunan dan pelaburan jangka panjang Huawei di negara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

CEO Huawei Malaysia Mike Wang berkata anugerah berkenaan merupakan penghormatan bermakna bagi Huawei yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

“Kami komited untuk memupuk lebih banyak bakat ICT bagi sumbangan yang lebih besar kepada ekonomi tempatan,” katanya.

Huawei, yang ditubuhkan di Malaysia pada 2001, telah menjadi rakan kongsi strategik kepada semua pengendali telekomunikasi utama dan menggunakan teknologi terkini dan produknya di negara ini, serta menyediakan latihan untuk memindahkan pengetahuan ke pasaran tempatan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang daripada industri telekomunikasi tempatan. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar