Rabu, 25 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Majlis Peguam gesa siasatan automatik tembakan polis

Majlis Peguam gesa siasatan automatik tembakan polis

Oleh Boo Su-Lyn
June 01, 2013
Keluarga dan rakan-rakan mendiang N. Dharmendran membawa kerandanya semasa upacara sembahyang terakhir diadakan pagi ini. — Gambar oleh Choo Choo MayKUALA LUMPUR, 1 Jun — Putrajaya mesti menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat insiden di mana anggota polis melepaskan tembakan, kata Majlis Peguam dan beberapa ahli politik.
Suruhanjaya Bebas Aduan Polis United Kingdom (IPCC) yang mana Malaysia mencadangkan sebagai rujukan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), menyiasat secara automatik setiap kes apabila polis melakukan tembakan secara terbuka.

“Setiap tembakan dilepaskan oleh polis mesti ada justifikasi,” kata Presiden Majlis Peguam Christopher Leong kepada The Malaysian Insider semalam.

IPCMC dicadangkan pada 2005 oleh suruhanjaya diraja yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah tetapi ditentang oleh polis, seharusnya berdasarkan kepada model IPCC, termasuk badan pemantau polis lain di New South Wales dan Queensland di Australia dan Hong Kong.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan memberitahu Parlimen Oktober lalu 298 orang ditembak mati oleh polis diantara 2007 dan Ogos 2012, termasuk 151 rakyat Indonesia dan 134 rakyat Malaysia di mana secara puratanya seorang mati ditembak dalam setiap minggu.

Beberapa kontroversi penembakan maut polis telah berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kes-kes seperti remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah di Shah Alam pada 2010; belia Muhammad Hanafi Omar, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei dan Hairul Nizam Tuah di Glenmarie, Shah Alam, 2010; dan D. Dinesh berumur 26 tahun di Ampang Ogos lalu.

Majlis Peguam juga mengatakan kematian dalam tahanan polis berlaku setiap bulan di mana 156 orang mati dalam tahanan polis antara tahun 2000 dan Februari 2011, dan telah dilaporkan terdapat sekurang-kurangnya enam kematian pada tahun 2012, dengan lima kes tahun ini.

Kes terbaru adalah N. Dharmendran, 31 tahun yang dipukul sampai mati semasa berada dalam tahanan polis awal bulan ini.
IPCC akan menyiasat semua tembakan maut polis termasuk kematian dalam tahanan polis.

Pegawai polis di UK yang menggunakan senjata api mereka juga perlu diperiksa oleh forensik senjata api mereka. Mereka digantung bertugas buat sementara waktu sehingga penyiasat dan pegawai komander kanan membuat keputusan membenarkan mereka untuk kembali bertugas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan semalam Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan menyiasat kematian Dharmendran.
Isnin lepas, bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dilaporkan berkata EAIC telah sangat “merugikan”, kerana hanya satu tindakan tatatertib yang diambil sejak penubuhannya pada April 2011.

Bekas hakim tertinggi itu juga berkata EAIC menerima 347 aduan, dengan 110 itu ditolak, manakala sembilan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 4 kes kepada badan-badan tatatertib yang berkaitan, manakala 149 memerlukan lebih banyak siasatan. Hanya 60 daripada 347 kes dirujuk untuk penyiasatan penuh.

Abdul Hamid juga mengatakan RM14 juta telah dibelanjakan untuk EAIC sepanjang dua tahun lalu.
EAIC mengatakan Oktober lalu mereka tidak boleh memulakan siasatan kecuali aduan dilakukan.

Pihak Berkuasa Bebas Kelakuan Polis New Zealand (IPCA), bagaimanapun, secara automatik menyiasat insiden di mana pihak polis menyebabkan kematian atau kecederaan serius tubuh badan.
Bekas Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Tan Sri Ramon Navaratnam, berkata semalam satu suruhanjaya bebas juga perlu menyiasat semua kematian yang berkaitan dengan polis tanpa menunggu aduan untuk dilakukan.

“Tidak ada gunanya melambatkan lagi kerana ia menghakis keyakinan orang ramai terhadap polis,” Navaratnam kepada The Malaysian Insider.

Leong menegaskan IPCMC, yang seharusnya boleh menyiasat aduan secara bebas dan mengenakan tindakan tatatertib ke atas polis, perlu ditubuhkan kerana EAIC tidak mempunyai kuasa seperti itu.
“EAIC hanya boleh menyiasat dan membuat cadangan selepas siasatan kepada pihak berkuasa tatatertib agensi penguat kuasa berkaitan untuk badan berkenaan menjalankan siasatan mereka sendiri,” kata peguam itu.

Seorang menteri, yang tidak mahu namanya disiarkan, juga bersetuju kejadian pegawai polis melepaskan tembakan perlu disiasat secara automatik, memberitahu The Malaysian Insider: “Ia boleh menjadi sesuatu yang kita boleh perhalusi”.
Pengarah Strategi MIC S. Vell Paari mengatakan sudah sampai masanya untuk menubuhkan IPCMC, membangkitkan tentang kekerapan kematian dalam tahanan.
“Kerana semua kematian dalam tahanan ini, keyakinan orang ramai terhadap polis semakin hari semakin merosot,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah penembakan polis perlu disiasat secara rutin, mengatakan: “Mungkin ada sebab-sebab yang sah untuk melepaskan tembakan, tetapi mereka perlu disiasat.”
Penasihat DAP dan ali Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang bersetuju dengan tuntutan Vell Paari, mengatakan IPCMC perlu mengemukakan laporan tahunan kepada Parlimen.
The Malaysian Insider

Tidak ada komentar:

Posting Komentar